Skim Pembiayaan Pendidikan bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada anggota bagi pembiayaan pendidikan anak-anak atau anggota itu sendiri.
KONSEP
Tawarruq
JUMLAH MAKSIMUM PEMBIAYAAN
RM5,000 untuk peringkat sekolah rendah / menengah
RM30,000 untuk peringkat Institut Pengajian Tinggi Awam / Swasta atau kolej
KADAR KEUNTUNGAN
5.00%
TEMPOH BAYARAN BALIK
sehingga 5 tahun untuk peringkat sekolah rendah / menengah
sehingga 15 tahun untuk peringkat Institut Pengajian Tinggi Awam / Swasta atau kolej
JAMINAN
TIADA penjamin diperlukan
SYARAT-SYARAT
- Anggota Koperkasa yang mempunyai potongan aktif.
- Anggota telah menjelaskan hutangnya atau anggota yang sudah menjelaskan 12 bulan ansuran pembiayaan yang terdahulu layak untuk memohon. Pembiayaan bertindih hanya dibenarkan sebanyak 2 kali sahaja.
- Jumlah pembiayaan dilulus adalah berdasarkan peraturan kewangan Jabatan/Majikan.
DOKUMEN
- Salinan asal slip gaji terkini pemohon (yang telah dicop dan disahkan oleh majikan).
- Salinan MyKad pemohon (yang telah dicop dan disahkan oleh majikan).
- Salinan sijil kelahiran anak (yang telah dicop dan disahkan oleh majikan).
- Surat tawaran IPT, jika berkenaan (yang telah dicop dan disahkan oleh majikan).
- Surat asal pengesahan majikan.
*Anggota yang dihargai, sila hubungi pejabat Koperkasa yang terdekat untuk mendapatkan keterangan lanjut.
|